Tuesday, July 1, 2014

Mini Zoo Kemaman.

Salam semua...

Entri ini sepatutnya kesinambungan cerita Restoran Al Safina, Kijal, Kemaman. Kira second day kami kat Terengganu dan menginap di Hotel Kerteh Indah tu la. Tetapi disebabkan sibuk dengan preparation nak 1st Ramadhan & balik kampung plus kena ikut mood juga, so tak sempat nak update cerita seterusnya. Saya tau, kalau ikutkan cerita ni dah basi. Tapi dah alang2 ada point nak cerita, saya share je la. 

Sekarang semua sedia maklum pasal Zoo Negara dah ada panda yang kiut miut, kan? Ala si Fengyi dengan Si Fuwa tu.. Eh, silap..nama diorang sekarang Xing Xing(kemewahan) dan Liang Liang(kecantikan). Anak-anak saya tak lepas dari merasa keinginan nak pergi tengok binatang ni secara live(mak diorang pun sama). Asal ada iklan panda ni kat tv je, mula la si kakak.. "Mama, nak p tengok panda ni.. nak p tengok!".. Tapi saya dengan selamba.. "Ha, tengok je la kat tv tu. Sama je pun."................ Bengang tak kalau jadi anak saya? Hahahaha..

Sebab2 saya dan En.Somi takmo pergi Zoo Negara ni sebab tiket mahal sangat. Walaupun keluarga kami ni golongan mampu nak pergi pun, Tapi rasa macam tak berbaloi kalau bayar tiket mahal sangat. Tiket masuk zoo je dah telan air liur. Kita kalau nak pergi zoo, mana pernah pergi sorang2 kan? Mesti dengan family. 


Tengok la sendiri harga tiket nak masuk zoo tu.. Tu belum harga tiket nak masuk tengok panda lagi. Ish..ish.. Dulu memula ingat bayar tiket masuk zoo dikira sekali harung la tengok panda tu. Rupanya ada charge lain kalau nak tengok panda kiut ni, siap ada limit time plak tu kalau nak tengok.. So takpe la.. tengok dari tv or Youtube pun sudah okay..






                                                  Main Pasir








Lunch di tepi pantai dulu sebelum pergi Mini Zoo Kemaman.. Syok.. Angin kuat, terangkat2 tudung I.








Pukul 5 pm tutup da...

 Zoo Kemaman.... Murah & best la juga. Hihihihihi.. Tapi time kami sampai ni dalam pukul 3 petang camtu la. Zoo ni tutup pukul 5 petang. So, masa itu emas.. 

(Gambar hasil ciplak dari blog lain..harap maklum)

So total RM kami empat beranak nak masuk mini zoo ni cuma RM20. Berbaloikan? hihihihi.. Lepas bayar tiket dapat la 'gelang' yang cantik. Nak masuk zoo wajib pakai 'gelang' ni tau.

Tadaaa... cantik tak? Sila abaikan urat2 tangan saya.

Apabila dah pakai 'gelang' tu, baru bleh masuk ikut pintu yang sepatutnya. Mana2 pun macam tu kan? Then kena decide la sama ada nak jalan masuk sendiri atau nak naik buggy sebab nak masuk dalam zoo tu agak jauh sikit masuk ke dalam. Kalau bawak bebudak tu, kesian plak bebudak penat. So, kami decide naik buggy je. Mungkin masa kami pergi tu time weekday, jadi boleh dikatakan tak ramai la yang masuk zoo ni. 

(Gambar hasil ciplak dari blog lain..harap maklum)

Rasa2nya kalau pengunjung ramai, buggy yang besar(gambar atas) pekerja zoo akan guna. Tetapi memandangkan sekerat dua kerat je yang masuk, so buggy kecik je yang digunakan.. jadi la..

Ini lah buggy kecik tu, tapi tetap best.

Sepanjang perjalanan nak masuk dalam tu, akan jumpa kandang burung unta, tapi sambil naik buggy la kami tengok, kes malas nak jalan masuk. Hihihihi.. Buggy ni setiap 15 minit akan keluar masuk ambil pengunjung. Sape nak jalan, jalan la. Sape nak naik buggy, lagi senang. 

Ha..pilih..pilih.. kiri ke kanan dulu?

Lepas buggy tu turunkan kami 4 beranak, cuma jalan sikit je dah jumpa signboard mana nak p dulu. Memandangkan masa terhad, so kami pergi ke kiri dulu.. More animals, more fun, more times. Seterusnya biarlah gambar2 yang berbicara.

 

 Ni kawasan burung2 & ayam hutan..tempat ni banyak nyamuk.. Kami jalan express di sini.

 Tang ni nak ke kandang rusa, tapi rusa2 banyak nyorok, so kami patah balik.

Yang tengah berendam tenggelam tu, Si tapir. 2 ekor dalam tu. Cuaca panas, padan pun berkubang.

 P tengok gajah plak.


 See..gajah pun berkubang.. (Gajah kalau bergurau, ganas juga ye)

 Harimau tengah pandang direct kat gajah yang tengah main2 dalam air.

 Harimau & singa dikurung dalam kaca. Tapi singa tido dalam susunan batu, so takde picture singa ye.



 Kawasan markas orang utan...hihihi

 Tortoise ni duk follow je Si adik pergi. Adik dah cuak dah. Entah apa yang dia berkenan sangat dengan si adik ni.


Serius itik ni comel, bunyi pun kiut je.


 Mr.To Whit To Who.....

 Encik helang pun ader

Hornbill

Okay..balik!

Actually, banyak lagi kat dalam2 ni. Kami pergi mana yang sempat je. Kat dalam ni ada jambatan gantung, bawah jambatan gantung tu boleh tengok harimau & singa tadi dari atas. Dah tak sempat kan. Lepas tu ada playground, yang tu memang kami nak elak la. Dah nampak dari jauh dah. Terus kami U-Turn sebab bebudak tak nampak lagi playground tu. Hihihihi.. Dalam zoo ni gak pun ada taman tema air. Siap ada gelongsor tinggi lagi, macam best je(takde gambar ha.. kawasan yang play2 ni kami elak nak lalu, takut nanti ada pemberontakan oleh bebudak).

Kata je mini zoo, tapi bagi saya, luas juga. Ada macam2 animals ada. Bebudak pun still happy walau tak dapat tengok panda live. Takpe la, janji anak2 happy.. Daddy korang ni boleh bawa mana2 je Zoo kat Malaysia ni, kecuali Zoo Negara ye. Mahal sangat la. Tunggu rezeki terpijak je la ek. 


- The End -






















Snow Walk I-City

Salam Y'all.. Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik o...