Thursday, June 26, 2014

Restoran Al-Safina, Kijal, Kemaman.

Salam semua.. Tajuk saya hari ni khas untuk peminat2 tegar makanan arab. Tapi ni area Kemaman, Terengganu la. So, siapa2 yg singgah Terengganu boleh la try restoran ni. Memang puas hati.

Macam mana saya boleh sesat ke Terengganu? Intro cerita~~~

Ceritanya camni.. Si En.Somi ni ada meeting kat Terengganu (Penutup utk projek 3 bulan hari tu katanya), so nak p sana sekejab je. Dalam 3 hari 2 malam. Cewahh..bunyi macam pekej bercuti plak. Bila ditanya nak follow ke tak.. yang saya selaku penganggur tegar/surirumah ni jawab "Mestila nak ikut".. kan?
Ha..ngada2 tak?  Sampai2 sana, kitaorg lepak kat Hotel Kerteh Indah.. Queen+single bed utk 2 malam terus. Sehari RM100. Check in hari Ahad malam sampai Selasa tengahari. Time En.Somi meeting, kami anak beranak lepak hotel je la.. Tengok tv takde Astro, lompat2 atas katil, main anai2(hotel yang jimat.. selagi tak runtuh kayu2 dimakan anai2,selagi tu tak repair), bosan2 tgk movie kat laptop(nasib bawa lappy), tengok view luar tingkap (Tu mood boring tahap maximum).

Nasib la En.Somi meeting tak lama. Dalam pukul 3 dia balik. Nak ajak pergi zoo. Macam tak sempat sebab zoo tutup pukul 5pm. So En.Somi bawa jenjalan kat Mesra Mall dulu. Barang2 kat dalam..Wow..branded2.. mahal2.. mmg bukan untuk jiwa saya. So nak window shopping tu mmg tak la. Last2 ajak tengok wayang je la kat Mesra Mall tu.. First time bawa bebudak tengok wayang.. Cerita How To Train Your Dragon 2. Janji dapat habiskan masa sementara nak tunggu malam.


Okay.. Back for restaurant Al-Safina.
Menurut Encik Google maps, dari Mesra Mall nak ke Kijal ni cuma ambil masa 15 minit sahaja. So plus minus la sebab ada trafik light lagi, orang nak melintas lagi, lembu, unta nak melintas lagi (jangan tertipu dengan kemerengan saya). Jalan nak ke restoran ni agak horror sikit. Tapi jangan risau, ada signboard besar kat simpang2 jalan utama. So confirm tak sesat. 
Kalau pergi malam2, memang jalannya gelap, takde lampu jalan, jalannya pun kecik melingkar2 sikit masuk ke dalam.

Kalau jalan masuk tu terjumpa Satelit Celcom ni, dah betul la tu jalannya. Jangan patah balik plak.
(Gambar yg ni bukan milik saya.. hasil ciplak dr blog org lain.. harap maklum)

Dah sampai.. Boleh choose nak duduk dalam or luar restoran.

 Nombor contact restoran ni.. ada ke yang nak call? hehehe..

Kami pilih duduk dalam restoran.. ekslusif sikit tempatnya..
Bebudak pun habis selongkar semua kusyen.. huhuhu...

 Di saat menunggu makanan yang dipesan..

 Si kakak yang saya sendiri tak pasti dengan gayanya..  Ni tahan kentut ke apa ni?

 Gaya saya dengan si adik..

 En.Somi pilih Lamb Kabab - RM15.90

 Saya punya..Grilled Chicken ayam separuh - RM15.90

 Untuk bebudak, ambil Mandy Rice - RM4.90 dgn Chicken Soup - RM5.90

 Kami2 ni share semua makanan.. Bebudak bkn makan byk pun. Fries yg diorg bedal dulu.

 Ok..tang ni yg jenuh.. Bila bebudak dah kenyang, yang mak bapak budak masih terkulat2 mengunyah.. Bebudak apa lagi.. lari sana,lari sini, herot2 kusyen. Heroin2 saya sungguh buas.. macam saya.


Ni sebahagian menu yang ada.. dengan price sekali.. Agak2 tak nampak pricenya tu, p sana tengok sendiri.. Bagi saya.. harganya berpatutan & sedap.

Air yang kami order cuma 2 gelas je. RM5.90 setiap satu.. Air jus mangga 'no ice'.. dengan air jus tembikai susu 'no ice' (dua2 takde gambar ye, lupa nak amik.. sampai2 je air, terus teguk).. Kenapa saya state 'no ice' tu? sebab buah tu mmg dah sejuk, so kalau blend pun, airnya jadi sejuk. sebab tu tak nak ais.. rugi nanti.. Macam sesetengah restoran buat.. taruk ais penuh satu cawan, airnya nanti sikit je, dah penuh satu cawan. Betul kan? Saya tau la.. Sebab saya bekas pekerja McD.. Manager suh buat camtu.. Jimat air katanya. Ais takpe la banyak2. hahaha.. 

P/S : Harap2 takde la kawan2 McD saya yang duk belasah saya nanti. 


- The End -

Untuk kaki gamers.. Join saya Main game, dapat real duit!


















1 comment:

  1. amboi hotel siap pakej anai2 yer.. makanan arab ni sepinggan banyak. Selalu jugak makan tp kalau selalu2 jemu lak. kekekeke

    ReplyDelete

Snow Walk I-City

Salam Y'all.. Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik o...