Hello everybody.. Giler basi kisah kali ni.. Baru sekarang rasa rajin nak update blog yg dah tumbuh sawang2 ni...
Entry kali ni tentang aktiviti cuti sekolah tahun lepas.. Tahun 2015 la jawabnya.. Memang memula nak bawa anak2 p bercuti ke Langkawi ke, Pangkor ke, mana2 je la asalkan dapat tido kat hotel. Tido hotel ni mmg anak2 request.. Seronok kata mereka.. Duk rumah sendiri nak hotel pebendanya.. Sepahhhh je manjang hasil kreatif mereka sendiri.
Tetapi..memang bukan rezeki kami sekeluarga nak berjalan-jalan jauh.. Si en.Somi terpaksa outstation ke Melaka sepanjang bulan 12 tu. Tak dapat la berjalan... Tang cuti sekolah tu.. lepak kampung je la kami bertiga. Once bapak kepada Qistina dan Qaireen ni balik dr outstation je, terus bapaknya plan.. bawa dekat2 je la.. Nak cuti lelama pun xleh dah..Sekolah nak buka dah.. huk huk huk... So kami decide bawa bebudak pergi Zoo Negara je la.. utk berjumpa Panda (Dulu terpaksa kira2 nak masuk tengok panda.. kira ni tebus tak bawa mereka jenjalan tido hotel ler)
Tang beli tiket tu...Walaupun x kira2 sgt.. tapi berkira gak la.. (paham tak?..hehehe).. En.Somi tak nak masuk tengok Panda.. Dia suh saya je masuk dengan anak2. 1 tiket dewasa tanpa panda.. 1 tiket dewasa masuk panda...2 tiket kanak2 masuk panda.. tu pun dah RM130 dah..Belum tang makan ke minum ke jajan ke..
Masa masuk2 je, memang time tu ada animal show. Tapi yang tak bestnya... tempat animal show yg ada kolam bagai tu, under renovation.. So takde kolam2 anjing laut berenang2.. Diorang buat show dekat kawasan rata je.. Panas plak tu sebab kawasan tu sempit, dah berhimpit2. habis dah bebudak nak tengok, suruh la mereka selit2 mana yg boleh nampak..Agak2 parents yg rasa sempit tu, duduk berdiri je kat belakang show tu yg terhalang dengan pokok2 berdaun pink.(Ntah pokok plastik, or pokok betul.. lupa nak check haritu)
Time ni baru habis animal show.. Pukul 11 pagi.
Dekat area Animal Show tu, ada juga kambing,rabbit.. mana sempat pegang, pegang je la..
Memang sebelum p zoo ni.. dah usha website zoo negara.. Ada 6D Adventure. Nak naik ni jugak.. hahaha.. memang best.. Kebetulan plak time kitaorang lalu tu, terang2 dia tulis family pekej promotion RM30.. Hah..ok sgt la tu kan.. Budget RM40..sekali promo rm30 je.jimat RM10.
Pose sementara tunggu turn masuk pawagam 6D
Sementara show start. Boleh bayangkan tak I pakai 2 lapis spek?
Time ni hujan.. lebat plak tu.. so lepak la kat area penguin2 ni dulu sambil makan roti.
Di rumah rama2
Insect house ler ni...
Pusing2 zoo untuk ke markas panda.. hehe
Sampai dah..
Time ni..daddy tunggu kat luar.. Cian Daddy..
Ha... tang masuk Rumah panda ni la.. ngam2 kami masuk, si betina dipanggil masuk kandang untuk menyusukan baby dia. Tinggal la si jantan sekor2 tgh membuta kat batu tu. Macam rugiiiii je bayar tiket.. Saya expect.. bayar tiket memahal dapat la tgk panda tgh main2 ke, makan2 ke jalan sana jalan sini ke..Ni sekor kena nyusukan anak... yg sekor lagi membuta, sikit pun tak bergerak. Baik tengok anak patung panda je.. Anak-anak siap tanya lagi, "Kenapa panda tu tak gerak,mama?".. Geram jee.. dah ler dalam tu takleh buat bising langsung..Untung ko panda...kami yg rugi..
Selfie dengan panda tido mati
Bee Museum
Time ni dah pukul 6 lebih.. Memang super tired sebab takde bayar tiket utk naik tren pun.. Menapak lagi sihat, pecah peluh, lagi puas view dapat explore. Keluar2 zoo je, nampak orang jual aiskrim.. Cantik sangat la tu. Panas2, haus2 mmg tepat kewujudan pakcik bawa motor aiskrim tu. Masuk kereta je, guess what.... dua orang budak collapse ketiduran kepenatan kepuasan..
~ The End ~
No comments:
Post a Comment