Thursday, August 7, 2014

Gold Coast Morib, Banting.

Rasa-rasanya saya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Ye la.. Raya kan sebulan. Walaupun dah ramai yang dah start kerja balik, tapi mood raya tu masih ada kan? Hihihihi.. 

Entri kali ni, pasal kami sekeluarga meraikan hari jadi Nur Qaireen Danish (1 Ogos 2012) dekat Gold Coast Morib pada raya ke-6 (Sabtu, 2hb Ogs 2014). En.Somi yang baik hati telah booked tarikh tu demi Si Adik. Tahun lepas Si kakaknya yang dapat celebrate kat sini. Tahun ni bagi adiknya pula la merasa sebab tahun lepas Birthday dia jatuh bulan puasa. Mana ada orang nak mandi manda time bulan puasa, ye tak? Lagipun, Si Adik dah 2 tahun pun, dah pandai nak main2 kolam2 air sendiri.. Tahun lepas, saya yang tak puas main air sebab kena jaga budak kecik kan, dapat main pun kat kolam cetek je. Alahai...... 

Ni gambar tahun lepas, dapat duduk2 dlm air je.. Tudung pun tak basah..hahaha.


Sabtu, 2hb Ogos 2014

Sepatutnya kami check in pukul 3pm.. Tetapi biasa la kan, perjalanan tertangguh sebab bertolak dari Kuala Selangor. Bagi En.Somi tidur sekejab dulu, kalau dikejutkan dia tak mahu bangun tu maksudnya dia tak puas tidur la tu.. So saya la yang bertindak sebagai Snoozer setiap 5 minit.. Sampai dia bangun. Jahat tak? Rugi dilewat2kan.. Dah bayar la katakan.... Kami sampai2 je dalam pukul 5 lebih. Terus check in.. 

Pekej harijadi ni include 2 hari 1 malam, dinner & breakfast untuk 2 orang dewasa dan tiket masuk ke waterpark untuk 2 orang dewasa.. Pekej ni cuma RM250 je di campur dengan gomen tax, jadi la RM268. Tahun lepas, cuma perlu bayar sekali tu je. Tahun ni, kena tambah sikit ongkosnya sebab Si kakak dah besar. So dia kena cas la kalau nak masuk waterpark or makan2 tu. En.Somi punya la kira2 bab ni kan.. tapi nak menyedapkan hati dia, saya cakap la... "Setahun sekali je pun".. hihihihihi...


Ruang menunggu sementara tunggu Daddy p check in

Ni sekitar bilik untuk pekej ni. Queen bed 1 je. Untuk kami, muat la sempit2 sikit. Kalau bertambah family saya ni mesti kena up price lagi ni.


TV ada Astro, Hair dryer pun ada..

Cerek elektrik & mini refrigerator


 Ni pula sekitar bilik air.
Tempat mandi shower

Jakuzi pun ado.. Special sikit, bilik air ada tingkap. So sape2 nak membuang tu kena tutup tingkap dulu

Memang standard la kan, masuk2 bilik je mesti usha semua. Bila kami dah usha semua dalam bilik, turn usha kat luar bilik pulak. Tang ni faham2 la. Bila bebudak intai je dari balkoni tu, excited la mereka nak mandi kat bawah tu. Tapi time tu dah nak dekat pukul 6 pun. Water theme park tu tutup pukul 7pm. Mana puas nak mandi, ye tak? So pujuk2 la bebudak, esok baru main2 air kat bawah. Hari ni cuma main air dalam bilik je la.



View dari bilik kami

Seperti yang dijanjikan untuk Si Kakak dengan Si adik, main air dalam bilik. En.Somi tadah la air jakuzi tu. Di adjust hot & cold air tu, lepas tu biarkan penuh. Yang saya ni, konon nak bagi bebudak mandi bubble bath terus....saya pun tuang sedikit sabun Pureen Kids Yogurt Head to Toes (tak promote ek) tapi eh, macam sikit sangat pulak.. Tuang sabun lagi.. konon nak bagi berbuih sekali, saya ON button jakuzi. Lepas tu, biar air penuh je la. Lambat lagi tu, ajak bebudak tengok TV dulu.

Bubble bath

Ok, dah rasa agak lama juga lepak atas katil tengok TV.. P la intai dalam bilik air.. Alamak aih! buih banyak sangat la pulak. Cepat2 OFF button. Ni kalau bebudak main dalam ni, kompem tenggelam dengan buih ni. Hahaha.. Salah budget la pulop!

Gulp!

Puas main air buih tu sampai Si Adik beberapa kali termasuk buih dalam mulut (Asyik la termasuk mulut, terpaksa la saya kaut buang balik buih2 tu). Hahaha...

Dinner start pukul 6pm sampai 10pm. Kami decide nak turun dinner pukul 8pm. Nak masuk dewan makan tu, kena tunjukkan I.C birthday girl dulu. So nanti dapat hadiah, sijil & kek! Like I said, mak bapak budak2 ni dapat masuk free. Apatah lagi untuk budak 2 tahun, cuma Si Kakak je yang kena cas sebab diorang ukur ketinggian. Takpe la..Setahun sekali. RM25 untuk dinner Si Kakak malam tu. Hidangan buffet okay.. Makan sampai meletop perut selagi belum pukul 10pm (Dasar buruk lantaks).

 Bersungguh2 Si Adik nak makan kobis bunga 

 Yum yum

 Si Kakak.. Makan sikit2 tapi pelbagai.. 

 Si adik dah naik menyampah dgn mamanya asyik la nak tangkap gambo kan~~ hehehe


Lepas puas makan2 kira-kira 9.30pm kot, bebudak dah takleh duduk diam dah. Bila dah kenyang, mula la lari sana lari sini, duduk bawah meja. Nasib baik ada pekerja kat situ tolong layankan bebudak ni. Sempat la kami menghabiskan sisa2 makanan yang masih ada. Habis makan, sesi ambil gambar kat sekitar2 resort ni.

 Birthday girl with her cake!... Propa je tu.. kek tu plastik.. ni untuk photo corner je. hik hik

 Bak kata Si kakak.. "Hai, pakcik merah~~"

Sama tapi tak serupa..


Dah agak2 takde tempat lain nak jenjalan tu, kami naik bilik je la. Rehat2 sambil makan kek yang dapat free.

Tadaaaa.. Tu la free giftnya. Sijil, kek & bear boleh joget2. 
(Tahun lepas, kek dia besar sikit. Harga barang naik kot)

Time untuk makan kek! (Guna piring cawan yang dah ada disediakn dalam bilik tu je)


Ahad, 3hb Ogos 2014

Morning! Breakfast time 6am sampai 10am. Si kakak, macam biasa kena cas juga. Tapi untuk buffet breakfast ni cuma RM18 je. Makanan pun sedap2 juga. Time makan2 tu, duk bincang pasal nak check out. Check out kena pukul 12pm. Kalau pergi mandi2 dulu baru nak check out, macam kacau pula tgh syok2 main air tu kan. Ye la, dah main2 air..celah mana nak tengok jam lagi kan? So, En.Somi decide check out dulu, baru mandi2. 

Tukar swimming suit sebelum check out

Pukul 11am, kami check out. Letak semua barang dalam kereta dulu, cuma bawa apa yang perlu je lepas mandi-manda tu. 11.30am kami ke kaunter tiket nak masuk water theme park. Si Adik free... Si Kakak.. Rm20 untuk tiket masuk.


 Budak2 boleh la ukur dulu kalau was2 kena bayar atau tak. 

Mandi manda time.. Kat sini tak banyak gambar. Banyak gambar yang dekat2 dengan beg2 kami je. Padahal kami dah pusing semua kolam kat sini (kecuali yang paling dalam), siap main gelongsor semua. Takut hp basah la katakan.. 






Time ni dah pukul 1pm. Stop sekejab, makan roti dulu.

Tu dia.. Nak juga interframe kan.. Main gelongsor lagi gitu. Gelongsor ni untuk 55kg ke bawah je. 

Main punya main sampai kecut, tengok jam dah pukul 3ptg.. Haa... dari pukul 11.30 pagi sampai 3 petang. 4 jam kot berendam. Puas la pujuk bebudak balik. Si kakak cakap tak puas lagi.. yang si adik pun tak nak naik. Di tarik pun dia meronta2. Kasi can sekejab lagi. 

3.30pm... dah lama sangat dah ni. Cuaca pun dah panas, orang pun dah tinggal sikit. Terpaksa juga suruh budak2 naik, mandi tukar baju. Tu pun tak nak. Sudahnya, En.Somi cabut pelampung kat tangan si adik. Pun tak nak naik.. Biarkan.. hihihi.. Si adik confident boleh terapung without pelampung.. Sudahnya tenggelam..Biarkan.. Haaaa.. Time tu baru dia nak naik. Si kakak follow je la selepas mamanya ni jadi mak lampir kat tepi kolam tu kan.

Masuk bilik air..mandi tukar baju semua. Muka masing2 sun burn. Merah je. Alahai..... Time nak siap2kan si kakak, si adik dah tak tahan mengantuk sangat dah. Duduk menunggu kami berdua bersiap. Sampai ada group cina kat dalam bilik air tu tergelak2 tengok Si adik duduk terlentok2. Kalau la si kakak boleh siap sendiri, mama dah ambil video adik time tu. Dukung2 adik je, terus sandar kat bahu tidur. Kesian... Penat sangat. 

Takpe la.. Sekali setahun~~


- The End -






























No comments:

Post a Comment

Snow Walk I-City

Salam Y'all.. Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik o...