Thursday, May 15, 2014

Pendapatan Sampingan dengan Menjawab Survey

Howdy Howdy Everybody!!

Rasa bosan pula hari ni. Tetiba je rajin nak bukak blog yang sememangnya dah lama tak buka. En.somi bekerja kat Terengganu 3 bulan. Ada major shut down kat sana. So, nak tak nak terpaksa la lepak kat kampung tercinta.

Melalut pulak ek. Post saya hari ni agak2 menarik minat awak2 tak? hehehe.. Ni la kerja orang yang takde kerja. Tapi boleh dijadikan pendapatan sampingan juga bagi orang yang bekerja. Daripada takde buat kerja kat rumah, melangut je tengok TV, DVD, Youtube atau sebagainya or mengular kat tempat kerja, baik buat survey. Pasti ada bayaran untuk setiap survey tu. Betul.. tak tipu punya..

Ada pelbagai syarikat besar yang memerlukan pendapat orang ramai terutamanya mengenai produk mereka. So, survey ni ada macam2. Ada yang nak survey pasal makanan, minuman, kehidupan or gadjet2 macam-macam la. So, kalau kita qualify nak jawab survey diorang ni, baru kita dapat point2 yang telah ditetapkan.



Ok..yang first sekali

Viewfruit (klik di sini)

Yang ni paling best sekali sebab mata point dia tinggi. So nak redeem point tu ke USD cepat sikit. Yes, dia bayar Usd tau. 500 point bersamaan 1 Dolas AS. Bukan Ringgit Malaysia. Setiap survey yang kita jawab average point dapat 300 point ke atas. Senang sangat nak kumpul point. Yang ni dibayar guna akaun Paypal. Takde akaun Paypal? klik sini Register Paypal.
Fungsi Paypal sama je macam internet banking Malaysia ni. Boleh withdraw boleh deposit boleh check details dan macam-macamlah.

Global test market (klik di sini)

Yang ni pun ok juga. Setiap 1 point bersamaan 5sen Dolar AS. Jangan pandang rendah dengan 5sen ni tau. Bak kata orang dulu-dulu.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Cara pembayaran yang ni lain sikit iaitu "Kami akan hantar kepada anda cek dalam mata wang tempatan anda melalui pos".. Wah wah..Copy paste je ayat mereka ni. Menarikkan? Tapi kena rajin-rajin la nak jawab survey-survey yang diorang ni bagi.

Valued opinions (klik di sini)

Yang ni lain sikit. Kita jawab survey, dapat duit terus. Maksud 'terus' tu bukan terus dapat kat tangan. Macam link2 kat atas ni buat survey dapat point.. tapi yang ni lain. Dalam rekod kita akan dicatatkan berapa Ringgit Malaysia kita dah jawab survey. Average setiap survey dapat RM4 - RM10. Bila kita dah kumpul sampai minimum Rm30, kita boleh redeem voucher. Voucher je ye.. bukan cash. hehehe.. Voucher yang mereka bagi kita pilih cuma Jusco Gift Voucher, KFC/Pizza Hut Voucher atau Zalora E-gift Card. Ha..pilih...pilih..



Sebenarnya ada banyak lagi survey online.. Bukan takat yang saya bagi ni je. Cuba search. Ada macam-macam lagi. Yang ni survey je. Belum lagi yang dapat duit apabila tengok iklan2 mereka je. Contohnya wad.ojooo.com.. Tengok iklan je, dah dapat cash. Tak rugi apa pun.. Semua free registerkan

Jumpa kat next post ye.. Tata













No comments:

Post a Comment

Snow Walk I-City

Salam Y'all.. Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik o...