Wednesday, February 3, 2016

Snow Walk I-City

Salam Y'all..

Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik outstation hari Sabtu, saya dan anak2 takde la balik kampung minggu tu.. Hampir sebulan tak jumpa Daddy diorg ni..Haruslah menunggu di depan pintu di saat Daddy balik nanti.. 

Balik outstation tu, terus En.Somi ajak p I-City.. bagi bebudak main salji.. Salji la kononnya. Dapat merasa suasana sejuk -5degree tu pun dah kira ok dah. Tapi plan nak main salji, preparation apa pun takde. Konon nak main redah je la.
Pukul 12 tengah hari kami keluar menuju ke Seksyen 7, mencari lunch dulu. Selepas makan, jenjalan jab dekat lelongan kain baju dari Jakel. Sempat gak la saya beli kain perca 600g RM6.00 ni. Konon nanti rajin2 boleh buat baju untuk bebudak. Ntah bila mood rajin tu nak datang ntah..Tunggu je la. Hahaha..
Selesai cuci mata tengok kain.. Ke I-City la pula kami tuju.... Dalam kul 2 camtu la kami sampai I-City. Kami jalan2 dulu dalam I-City tu.. byk yang belum bukak lagi..Majoriti buka pukul 6 ptg. Takpe la. Tujuan nak bawa bebudak p Snow Walk je pun. P time siang2 sebab lebih murah daripada masuk waktu malam. Pergi ke kaunter, takde tiket! Oh.. dah pakai kad ala2 Touch n Go plak.. Kena la beli..RM2.00 1 kad. Sekali top up untuk masuk ke Snow Walk..

Harga masuk Snow Walk
Siang : Dewasa RM25, Kanak RM20
Malam : Dewasa RM35, Kanak RM30

Psssttt.. Sebab tu la kami masuk time siang.. Beza RM10 kot dengan waktu malam. Padahal sama je. Plus, malam2 kan tak panas.. takkan nak masuk tempat sejuk beku lagi. 

Belum habis lagi intronya.... Kad dah top up. tapi masalahnya... TIADA PREPARATION! Saya dan En.somi hanya bersandal.. Anak2 pakai kasut..tapi tak berstokin, sarung tangan untuk bebudak pun takde. hahaha.. Cup..cup.. memang la tempat tu ada jual sarung tangan, kasut, penutup telinga, skaf tutup leher.. Tapi ko rasa..harganya camne? hehehe..Lu pikir la sendiri..

So..apa solution kami?... Balik rumah dulu lah! Hahahaha.. Nasib dekat.. Dalam kul 3 lebih tu..sampai rumah. relax2 dulu.. Solat Zohor kat rumah dulu.. Dalam 4.30p.m camtu keluar balik. Pergi kedai D.I.Y Kota Kemuning dekat Gamuda Walk. Mencari sarung tangan cute2 gitu untuk anak2. Rm6.90 sepasang. Dalam kul 5 lebih, sampai I-City balik. Terus ke Snow Walk. Sebab kul 6 harga masuk dah UP RM10.


Jacket memang dibagi ye.. Ikut nasib, ada boleh zip.. ada yg xde zip,kena butang je.
Dalam kes ni, Si adik yg lucky jacket dia ada zip. Sarung tgn, beli kat D.I.Y. 

Sebelum masuk bilik freezer..pose kat luar2 dulu.

Pose lagi..

Pose lagi..dan lagi..

urghhh...pose!

Dah masuk! hehe..
Masuk2 je, ada plak sorang mamat ni nak tangkap gambar keluarga. Standard la ni kan, mana2 tempat melancong mesti ada diorg ni. Harga sekeping gambar tu buat kita telan air liur(Baca kat bawah kalau nak tau harga sekeping).

Actually, mula2 masuk dah rasa dah sejuknya tu.. tapi still biasa2 je duk dalam air-cond gitu. Sebab tadi badan tgh panas kan.. Kami main2 dulu kat igloo ni.. hehe..bongkah ais je pun. Jadi la..  Jalan ada sikit licin. So kena jalan hati2 gak la.

Eskimo malaya
Rasa nak gigit je ais ni.. Sedap kunyah2 ais ni.
Ukiran ais lagi.. "Love"
Gelongsor made from ice!.. Seronok la anak2.. sejukkkk je montot tu kan?
Time ni, dah masuk ke area dalam sikit. Dah start freezing gak la. Saya main2 snow fight dengan anak2, tapi as a result, jari2 rasa kebas giler sejuk sangat. Baru la terhegeh2 nak letak tgn dlm jaket. Err.. Snowman? Salji2 kat dalam ni, agak kasar sikit.. and tak banyak mana pun. So memang tak cukup nak buat snowman ala2 Olaf dalam cerita Frozen tu.



Kalau dah rasa sejuk sgt tak tahan, boleh keluar dulu, relax2 panaskan badan dulu.
Bila dah rasa okay, boleh masuk balik.
Si Adik kata dah sejuk sangat dah. Bercakap pun dah keluar2 asap, yang saya plak.. nak bercakap pun susah..rahang rasa cam beku je. hahaha.. So kami keluar la sekejab. Time ni.. seksanya kat saya.. Apabila orang rabun pakai spek mata masuk di tempat sejuk.. And then keluar ke tempat panas.. Oh, my cermin mata berkabus habis, jadi buta sekejab. Terpaksa la bukak cermin mata.. Lap..lap..lap... Huhuhuhuhu..

Haa..time ni la mamat photographer tu panggil kami ke booth diorg. Pilih2 cari gamba kami sekeluarga.. Harga sekeping gambar.. Rm37. Giler.. Orang giler pun tak jual gambar mahal camtu. Tak kuasa Nyah nak beli memahal tu..Smartphone kan ada. cukup la gambar2 tu je. kalau cuci sendiri pun, baru Rm1.00+ je. Takpe la gambar tak cantik pun, janji ada gak kenangannya tu.

Time ni, adik sibuk duduk atas Mary Go round taruk token2 tu.
RM6.00 sekali main. Eii..tempat lain RM2 je.
Badan dah rasa hangat sikit.. Duduk kat bangku luar tu, lama gak la nak bg panas blk badan tu. Once adik dah request nak masuk balik.. I okay je..
Kat dalam ni.. ada gak gelongsor2 yang boleh buat main. Ada yang sesuai utk bebudak, ada yg tak sesuai utk bebudak. Mana2 yang rasa dangerous untuk bebudak tu, memang saya tak bagi la diorg naik. Gelongsor2 ni, ada pekerja dia yg jaga.
Ada 1 gelongsor tu, duduk atas alas kain, then pekerja tu tolak ke bawah.. mak, bapak and bebudak sesuai naik. Anak2 saya berapa kali rotate gelongsor tu je. Sampai abang tukang jaga gelongsor tu jemu kot asyik anak2 I je. hahahaa..

Salah satu gelongsor lagi.


2nd round masuk, tak lama.. sebab saya dengan adik dah sejuk sangat2 dah.
 Gigil2..trrrrrrr....



Dalam video tu.. Saya ada tunjuk partikel2 'salji'.. tak halus..kasar2 and kalau termasuk mulut, rasa masin garam.. mmg garam pun. Ni kes main snow fight dengan bebudak la ni.. Termasuk mulut sebutir dua.. 

Tips datang ke I-City ni.. Kalau nak datang time siang.. Make sure sebelum pukul 6 dah keluar.. Kalau nak datang malam.. Selepas pukul 6.. Why? haha..sebab tak nak double cas parking daa... Kami dah terkena dah. Masuk Snow Walk kul 5 ptg kan? balik dalam 9.30malam camtu la. Masa kat Autopay.. kena RM12.00. Siang pukul 5pm~6pm Rm2.00 sejam.... Malam Rm10 sekali masuk. Kena lah RM12.00... Melainkan tak kisah la nak bayar parking mahal2 pun. 

Bagi saya dan En.Somi.. Harga tiket nak masuk Snow Walk berbaloi dengan suasana yang dialami.. But Ice Adventure.. Even harga tiket masuk murah separuh harga sebab kami dari Snow Walk, tak berbaloi. naik train masuk dalam, tengok movie dalam 5 ~ 10 minit pasal Si Scrat dalam cerita Ice Age tu.. Tu dah banyak kali tengok kot. Train jalan lagi.. Keluar bubble2 yang tak kena langsung dengan orang naik train.. 

End of story.. As long as my daughters happy, we both happy. 



~The End~





Monday, February 1, 2016

Zoo Negara


Hello everybody.. Giler basi kisah kali ni.. Baru sekarang rasa rajin nak update blog yg dah tumbuh sawang2 ni...

Entry kali ni tentang aktiviti cuti sekolah tahun lepas.. Tahun 2015 la jawabnya.. Memang memula nak bawa anak2 p bercuti ke Langkawi ke, Pangkor ke, mana2 je la asalkan dapat tido kat hotel. Tido hotel ni mmg anak2 request.. Seronok kata mereka.. Duk rumah sendiri nak hotel pebendanya.. Sepahhhh je manjang hasil kreatif mereka sendiri.

Tetapi..memang bukan rezeki kami sekeluarga nak berjalan-jalan jauh.. Si en.Somi terpaksa outstation ke Melaka sepanjang bulan 12 tu. Tak dapat la berjalan... Tang cuti sekolah tu.. lepak kampung je la kami bertiga. Once bapak kepada Qistina dan Qaireen ni balik dr outstation je, terus bapaknya plan.. bawa dekat2 je la.. Nak cuti lelama pun xleh dah..Sekolah nak buka dah.. huk huk huk... So kami decide bawa bebudak pergi Zoo Negara je la.. utk berjumpa Panda (Dulu terpaksa kira2 nak masuk tengok panda.. kira ni tebus tak bawa mereka jenjalan tido hotel ler)




Tang beli tiket tu...Walaupun x kira2 sgt.. tapi berkira gak la.. (paham tak?..hehehe).. En.Somi tak nak masuk tengok Panda.. Dia suh saya je masuk dengan anak2. 1 tiket dewasa tanpa panda.. 1 tiket dewasa masuk panda...2 tiket kanak2 masuk panda.. tu pun dah RM130 dah..Belum tang makan ke minum ke jajan ke..

 Masa masuk2 je, memang time tu ada animal show. Tapi yang tak bestnya... tempat animal show yg ada kolam bagai tu, under renovation.. So takde kolam2 anjing laut berenang2.. Diorang buat show dekat kawasan rata je.. Panas plak tu sebab kawasan tu sempit, dah berhimpit2. habis dah bebudak nak tengok, suruh la mereka selit2 mana yg boleh nampak..Agak2 parents yg rasa sempit tu, duduk berdiri je kat belakang show tu yg terhalang dengan pokok2 berdaun pink.(Ntah pokok plastik, or pokok betul.. lupa nak check haritu)

 Time ni baru habis animal show.. Pukul 11 pagi.

Dekat area Animal Show tu, ada juga kambing,rabbit.. mana sempat pegang, pegang je la..


Memang sebelum p zoo ni.. dah usha website zoo negara.. Ada 6D Adventure. Nak naik ni jugak.. hahaha.. memang best.. Kebetulan plak time kitaorang lalu tu, terang2 dia tulis family pekej promotion RM30.. Hah..ok sgt la tu kan.. Budget RM40..sekali promo rm30 je.jimat RM10.



 Pose sementara tunggu turn masuk pawagam 6D


 Sementara show start. Boleh bayangkan tak I pakai 2 lapis spek?

 Time ni hujan.. lebat plak tu.. so lepak la kat area penguin2 ni dulu sambil makan roti.

Di rumah rama2


Insect house ler ni...


Pusing2 zoo untuk ke markas panda.. hehe

Sampai dah..

Time ni..daddy tunggu kat luar.. Cian Daddy..


Ha... tang masuk Rumah panda ni la.. ngam2 kami masuk, si betina dipanggil masuk kandang untuk menyusukan baby dia. Tinggal la si jantan sekor2 tgh membuta kat batu tu. Macam rugiiiii je bayar tiket.. Saya expect.. bayar tiket memahal dapat la tgk panda tgh main2 ke, makan2 ke jalan sana jalan sini ke..Ni sekor kena nyusukan anak... yg sekor lagi membuta, sikit pun tak bergerak. Baik tengok anak patung panda je.. Anak-anak siap tanya lagi, "Kenapa panda tu tak gerak,mama?".. Geram jee.. dah ler dalam tu takleh buat bising langsung..Untung ko panda...kami yg rugi..

Selfie dengan panda tido mati




Bee Museum

Time ni dah pukul 6 lebih.. Memang super tired sebab takde bayar tiket utk naik tren pun.. Menapak lagi sihat, pecah peluh, lagi puas view dapat explore. Keluar2 zoo je, nampak orang jual aiskrim.. Cantik sangat la tu. Panas2, haus2 mmg tepat kewujudan pakcik bawa motor aiskrim tu. Masuk kereta je, guess what.... dua orang budak collapse ketiduran kepenatan kepuasan.. 





~ The End ~




Snow Walk I-City

Salam Y'all.. Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik o...