Assalamualaikum semua..
Lama dah saya tak update blog ni. Bukan sebab malas tau.. Ni sebab gara-gara laptop saya rosak. Tak rosak teruk.. Cuma 'fan' dalam laptop ni tak function. So apabila panas, laptop automatik shut down. Kena la hantar 'hospital' setelah 5 tahun laptop ni berkhidmat.
Ceritanya bermula macam ni.. Masa cuti sekolah bulan 3 tu, tak bawa bebudak kemana-mana pun sekadar lepak kampung je. Rasa serba salah tu takde la, standard la kalau En.Somi kerja susah dapat cuti. Rutin kami sekeluarga setiap hujung minggu, balik Kuala Selangor je la jenguk mak kat kampung. Berjalan-jalan kat pasar je selalu shopping bawang2 ikan2. Kebetulan pula adik ipar dari Kedah nak datang rumah kami kat Shah Alam ni pada Ahad (5hb April 2015). So En.Somi decide minggu tu tak payah balik. Sebab tu boleh rancang short trip utk bebudak ni. Lagipun, Si Kakak asyik cakap nak pergi I-City la.. Nak pergi Zoo la.. Si adik pun sama.. Tapi masa tu.. Susah nak manage. Biasalah.. bapak2 sekarang.. Busy memanjang.
Ahad (5/4/2015)
Kami bertolak dari Shah Alam dalam 9.30am macam tu la. Cadang pukul 9am nak keluar, tapi standard la kalau ada anak2 kecil ni kan. tak dapat nak on time. Dalam 10.30am kami sampai ke farm ni. Parking pun senang ada anggota Rela jaga. Masuk2 terus beli tiket.
Actually, nak beli tiket ni ada pekej family untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak dengan harga RM116. Tetapi memandangkan si adik belum lagi mencecah ketinggian 90cm, dia dapat masuk PERCUMA. Jadi kami cuma beli tiket untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak. Semuanya RM91. Kalau tengok kepada resitnya, mereka cas dewasa sebanyak RM30.19 manakala untuk bebudak RM25.47. Tu sebelum GST.. selepas GST harganya exactly Rm32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak2.
|
Harga tiket dan waktu operasi |
|
Kaunter tiket |
|
Pekej family 2 dewasa 2 kanak-kanak RM116 |
|
Kanak2 boleh la ukur dulu kat sini. Bawah 90cm is F.O.C... Yeayy!! |
|
Dapatlah bracelet yang sangat cute ni sebelum masuk. |
|
GST resit.. hehehehe |
|
Antara aktiviti di farm ni.. |
Semasa kat kaunter tu, ada pekerja suggest kat kami untuk bagi anak-anak naik kuda. Rm7 untuk satu pusingan. Pony Ride ni HANYA untuk kanak-kanak 90cm ke atas je. Bawah 90cm tak dibenarkan untuk keselamatan kanak-kanak tersebut. Tapi masa kami pergi tengok tu, ada je bebudak kecil tak cukup ketinggian yang ditetapkan, pun naik kuda ni juga. Mungkin sebab masa kami pergi tu belum ramai kanak-kanak lagi, So pekerja dia belasah je la. Hehehe..
|
Pose and pose.. |
Memula sekali masuk akan jumpa turtle yang besar2 ni. Tak tau la berapa umur turtle ni kan. Gila besar. Masuk2 je ada tukang jaga turtle ni bagi daun2 makanan turtle ni kat kami. Apa lagi.. Si kakak excited la. Si adik je penakut sikit mula-mula. Tak berani nak berdiri depan turtle tu.. Kalau belakang turtle, berani la dia.. (Pandai ko ye dik, takut kena gigit katanya.)
|
Dah ditanya tukang jaga turtle ni.. bebudak takleh nak duduk atas turtle ni ye. hahahaha. |
|
Basuh2 tangan.. Setiap station animals kat sini mesti ada tempat basuh tgn dengan sabun sekali. |
Selesai turtle.. masuk lorong kaca ni.. kat sini ular biawak yang ada. Dekat sini, tengok atas.. Akan ada ular ke biawak ke lepak atas kaca tu. Ala-ala macam Aquaria tu..
|
Ular & biawak ada lepak kat atas |
Actually, ada banyak cage besar2 kat Farm in The City ni. Setiap cage tu dapat la kita tengok animals dekat2. Kalau dekat zoo tu, kita dapat tengokkkk je.. jarang nak bagi pengunjung pegang2. Pekerja-pekerja semua very friendly. Tak cukup makanan bg kat animals ni, minta je kat diaorang. Nanti diorang bagi lagi dan lagi dan lagi.. sampai la bebudak puas bagi makan (ke anak aku je yang tak malu?)
|
Cage burung- burung |
|
Serius itik ni comel. |
|
Time ni cuak kalau si kakak kena berak dengan burung ni, sebab En.Somi pernah kena dulu. hihihi |
|
Mama dan adik |
|
Si adik dah mula berani nak dekat2 dengan si rusa. |
|
High Five with Mr.Goat.. Si adik takuttt.. |
|
Kangaroo |
|
Mari tangkap ikan dalam longkang! |
|
Hasil tangkapan... NONE!.. Susah nak tangkap@tak reti. Beg aku yang basah, ada la,. |
|
Bermesra dengan rabbit2.. |
|
Arnab kat sini pun dah malas nak layan adik dah. |
|
Sape nak pegang peluk cium natang ni pun boleh. |
|
African Crested Porcupine.. first time tengok landak sebesar ni. |
Seperti yang saya cerita sebelum ni.. Bebudak bawah 90cm tak boleh naik pony ni. Lagi pun masa tu kami pusing2 kat sini dah pukul 1 lebih. Bukan waktu kuda2 ni beroperasi. Of course la saya dan En.somi lega sikit. Jimaaattt RM7. Walaupun si kakak dah request banyak kali nak naik kuda ni. Tapi boleh tengok kuda2 ni kat kandang dia.
|
Yang ni landing terus, Protes kepenatan kot. hahaha.. |
|
Pandangan matanya... Pretty scary |
|
Take five sekejab kat jeti ni.. Masing2 dah kehausan panas2 terik ni. |
|
Bagi makan ikan pula. Kena ringing bell dulu baru ikan2 datang. |
|
Tak tau berapa bekas makanan kami mintak..habis je mintak lagi kat pekerja dia. |
|
Gagak putih..rare nya... |
|
Cium sayang anak ayam |
|
Ambil turtle yang kecil sebab ringan. |
|
Daddy cakap, "Hati-hati, takut dia berak.".. Si kakak pun intai tang tuttt turtle tu. hihihi |
|
Bagi makan prairie dog |
|
Prairie dog tadi dah sembunyi, pergi cage lain plak bagi makan kat prairie dog yang lain. |
|
Boleh test pijak telur Ostrich ni.. Pekerja dia cakap kalau jatuh je baru telur ni pecah. |
|
Spesis cicak jinak |
Dari pukul 10.30am sampai la pukul 2pm kami kat farm ni. Dengan panas terik lagi, take five pun tak ingat berapa kali.. Penat juga la pusing2 kat dalam ni. Actually, kat bahagian Longkang Fishing tu ada tempat makan2. Time tu masing-masing kehausan. Layan air soya je time tu, si kakak dengan si adik makan roti dengan air soya yang sejukkkk.. Tu kira light lunch la..hihihi.. Dah selesai makan minum kat situ, sambung pusing farm tu lagi sampai ending farm tu.
Dekat-dekat dengan pintu keluar tu, ada satu restoran lagi. Restorannya pun ber'air-cond'. Si Adik siap landing lagi bagi peace. Tapi kami still tak lapar sangat. Panas-panas camni lagi syok dapat ABC.. Perghhh.. lega anak tekak.
Masa nak keluar dari farm tu, ada seorang pekerja akan potong 'bracelet' yang kami pakai masa mula2 masuk tu. Kira takde la orang tipu-tipu nak masuk dalam balik nanti. Lepas dia potong je, dia bagi kat bebudak seorang satu kertas aktiviti. Dalam kertas tu ada satu Certificate Of Attendance. Tinggal tulis nama dan tarikh je.. haha..Ok la tu kan....
|
Certificate Of Attendance to the farm.. konon je la ni.. keh keh |
Balik tu.. cari restoran dekat-dekat dengan farm itu juga. Sebab dah almost 3pm kan, bebudak belum heavy lunch lagi. Lepas makan, harus lah mereka exhaustedkan? Apa lagi.. masing-masing tidoooo.. Janji mereka puas hati and so far takde plak mereka request nak ke I-City ke zoo ke. Hehehe.