Wednesday, August 19, 2015

Aku Agen DNARS SKINCARE yang SAH!

Nak dijadikan cerita...

Sebelum saya berjinak-jinak dengan barang Dnars Skincare, dari zaman muda remaja sampai la beranak dua memang saya campur2 produk untuk muka saya yang tak berapa nak lawa ni. Dari produk termurah sampai la produk termahal(time dapat gaji) saya cuba pakai. Semua best2. Fair & Lovely ni feveret masa lepas SPM.. produk Safi, Temulawak, Tawas, Olay, Maybeline, Eversoft.. ada lagi nih.. tak ingat dah.. Macam2 I pakai dulu tau. Suka tukar2. 

Effectnya.. Apabila umur nak masuk 30 tahun (Umur sekadar angka...jiwa masih muda macam 20 tahun), anak baru masuk dua, kulit muka kusam sangat. Pucatttt je.. jeragat halus pun dah mula nak keluar.. Siapa tak risau kalau camtu.. Kalau nak keluar rumah je mesti touch up muka sikit, tak suka orang tengok muka kusam tu. 

Akhir tahun 2013, kakak saya recommend Dnars kat saya(dah mcam iklan plak). Beli set trial untuk kulit normal/jeragat. Tak sampai sebulan pun, serius puas hati. So saya add on lagi produk Dnars bagi complete set bebetul sekali dengan set trial tu. Time ni kalau kehabisan krim ke sabun ke, saya mesti beli kat kedai2 jamu je.. Belum terbuka hati lagi nak jadi agen Dnars.

Sampai la genap 4/12/2014 pukul 1.30pm, ber'PM' seorang kakak ni kat FB sebab nak jadi agen Dnars Skincare. Mesti ada sesi tanya menanya dulu bab2 ni, sebab saya pun tak  berapa faham pasal beli produk2 and cara nak menjual tu. Plus.. Kena tunggu 'green light' dari En.Somi dulu dia bagi ke tak sebab permulaan modal tu kena guna duit dia gak.. hehehehehe.. 

6/12/2014 pukul 11.09am saya sah jadi Agen Dnars Skincare. Sampai sekarang saya pengguna setia Dnars. Setahun lebih dah jadi agen, tapi tak ramai yang tahu sebab mungkin saya jenis 'low profile' (Nak muntah!) Hahaha.. 

Produk yang saya pakai hari2 :-

Siang :
Sabun normal/sabun colagen (Ikut suka saya nak pakai mana)
Toner Colagen
Day Cream (sunblock)
Flawless Foundation (ni kalau nak keluar jenjalan)

NO compact powder,NO loose powder, bedak apa2 pun macam dulu2. (Setahun lebih juga saya tak beli bedak2 nih)

Malam : 
Sabun normal/sabun colagen (masih ikut suka)
Nar Cream
Tumeric Cream(selang seli dengan Nar cream)

Kalau nak jenjalan memalam cuma pakai:
Nar Cream
Flawless Foundation


Bukti Hebat Dnars!


SEKARANG.. more flawless.. nampak neutral je muka.. hihihi..


Siapa2 yang berminat untuk beli produk Dnars Skincare drpd saya boleh:

Personal Mesej(PM) saya di Facebook saya


UPDATED : TAHUN 2021 SAYA SUDAH STOP JADI AGEN DNARS SKINCARE ATAS SEBAB KOMITMEN SAYA DENGAN HAL2 LAIN. Hal apa tu? hehehehe..  













Friday, April 10, 2015

Farm In The City, Seri Kembangan

Assalamualaikum semua..

Lama dah saya tak update blog ni. Bukan sebab malas tau.. Ni sebab gara-gara laptop saya rosak. Tak rosak teruk.. Cuma 'fan' dalam laptop ni tak function. So apabila panas, laptop automatik shut down. Kena la hantar 'hospital' setelah 5 tahun laptop ni berkhidmat. 

Ceritanya bermula macam ni.. Masa cuti sekolah bulan 3 tu, tak bawa bebudak kemana-mana pun sekadar lepak kampung je. Rasa serba salah tu takde la, standard la kalau En.Somi kerja susah dapat cuti. Rutin kami sekeluarga setiap hujung minggu, balik Kuala Selangor je la jenguk mak kat kampung. Berjalan-jalan kat pasar je selalu shopping bawang2 ikan2. Kebetulan pula adik ipar dari Kedah nak datang rumah kami kat Shah Alam ni pada Ahad (5hb April 2015). So En.Somi decide minggu tu tak payah balik. Sebab tu boleh rancang short trip utk bebudak ni. Lagipun, Si Kakak asyik cakap nak pergi I-City la.. Nak pergi Zoo la.. Si adik pun sama.. Tapi masa tu.. Susah nak manage. Biasalah.. bapak2 sekarang.. Busy memanjang.

Ahad (5/4/2015)

Kami bertolak dari Shah Alam dalam 9.30am macam tu la. Cadang pukul 9am nak keluar, tapi standard la kalau ada anak2 kecil ni kan. tak dapat nak on time. Dalam 10.30am kami sampai ke farm ni. Parking pun senang ada anggota Rela jaga. Masuk2 terus beli tiket. 

Actually, nak beli tiket ni ada pekej family untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak dengan harga RM116. Tetapi memandangkan si adik belum lagi mencecah ketinggian 90cm, dia dapat masuk PERCUMA. Jadi kami cuma beli tiket untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak. Semuanya RM91. Kalau tengok kepada resitnya, mereka cas dewasa sebanyak RM30.19 manakala untuk bebudak RM25.47. Tu sebelum GST.. selepas GST harganya exactly Rm32 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak2.


Harga tiket dan waktu operasi
Kaunter tiket
Pekej family 2 dewasa 2 kanak-kanak RM116
Kanak2 boleh la ukur dulu kat sini. Bawah 90cm is F.O.C... Yeayy!!
Dapatlah bracelet yang sangat cute ni sebelum masuk.
GST resit.. hehehehe
Antara aktiviti di farm ni.. 
Semasa kat kaunter tu, ada pekerja suggest kat kami untuk bagi anak-anak naik kuda. Rm7 untuk satu pusingan. Pony  Ride ni HANYA untuk kanak-kanak 90cm ke atas je. Bawah 90cm tak dibenarkan untuk keselamatan kanak-kanak tersebut. Tapi masa kami pergi tengok tu, ada je bebudak kecil tak cukup ketinggian yang ditetapkan, pun naik kuda ni juga. Mungkin sebab masa kami pergi tu belum ramai kanak-kanak lagi, So pekerja dia belasah je la. Hehehe..


Pose and pose..
Memula sekali masuk akan jumpa turtle yang besar2 ni. Tak tau la berapa umur turtle ni kan. Gila besar. Masuk2 je ada tukang jaga turtle ni bagi daun2 makanan turtle ni kat kami. Apa lagi.. Si kakak excited la. Si adik je penakut sikit mula-mula. Tak berani nak berdiri depan turtle tu.. Kalau belakang turtle, berani la dia.. (Pandai ko ye dik, takut kena gigit katanya.)



Dah ditanya tukang jaga turtle ni.. bebudak takleh nak duduk atas turtle ni ye. hahahaha.
Basuh2 tangan.. Setiap station animals kat sini mesti ada tempat basuh tgn dengan sabun sekali.

Selesai turtle.. masuk lorong kaca ni.. kat sini ular biawak yang ada. Dekat sini, tengok atas.. Akan ada ular ke biawak ke lepak atas kaca tu. Ala-ala macam Aquaria tu.. 

Ular & biawak ada lepak kat atas
Actually, ada banyak cage besar2 kat Farm in The City ni. Setiap cage tu dapat la kita tengok animals dekat2. Kalau dekat zoo tu, kita dapat tengokkkk je.. jarang nak bagi pengunjung pegang2. Pekerja-pekerja semua very friendly. Tak cukup makanan bg kat animals ni, minta je kat diaorang. Nanti diorang bagi lagi dan lagi dan lagi.. sampai la bebudak puas bagi makan (ke anak aku je yang tak malu?)

Cage burung- burung


Serius itik ni comel.

Time ni cuak kalau si kakak kena berak dengan burung ni, sebab En.Somi pernah kena dulu. hihihi

Mama dan adik

Si adik dah mula berani nak dekat2 dengan si rusa. 

High Five with Mr.Goat.. Si adik takuttt..

Kangaroo
Mari tangkap ikan dalam longkang!
Hasil tangkapan... NONE!.. Susah nak tangkap@tak reti. Beg aku yang basah, ada la,.
Bermesra dengan rabbit2..

Arnab kat sini pun dah malas nak layan adik dah.
Sape nak pegang peluk cium natang ni pun boleh. 
African Crested Porcupine.. first time tengok landak sebesar ni.
Seperti yang saya cerita sebelum ni.. Bebudak bawah 90cm tak boleh naik pony ni. Lagi pun masa tu kami pusing2 kat sini dah pukul 1 lebih. Bukan waktu kuda2 ni beroperasi. Of course la saya dan En.somi lega sikit. Jimaaattt RM7. Walaupun si kakak dah request banyak kali nak naik kuda ni. Tapi boleh tengok kuda2 ni kat kandang dia. 


Yang ni landing terus, Protes kepenatan kot. hahaha..
Pandangan matanya... Pretty scary
Take five sekejab kat jeti ni.. Masing2 dah kehausan panas2 terik ni.
Bagi makan ikan pula. Kena ringing bell dulu baru ikan2 datang.
Tak tau berapa bekas makanan kami mintak..habis je mintak lagi kat pekerja dia. 

Gagak putih..rare nya...
Cium sayang anak ayam

Ambil turtle yang kecil sebab ringan.

Daddy cakap, "Hati-hati, takut dia berak.".. Si kakak pun intai tang tuttt turtle tu. hihihi

Bagi makan prairie dog

Prairie dog tadi dah sembunyi, pergi cage lain plak bagi makan kat prairie dog yang lain.
Boleh test pijak telur Ostrich ni.. Pekerja dia cakap kalau jatuh je baru telur ni pecah. 
Spesis cicak jinak
Dari pukul 10.30am sampai la pukul 2pm kami kat farm ni. Dengan panas terik lagi, take five pun tak ingat berapa kali.. Penat juga la pusing2 kat dalam ni. Actually, kat bahagian Longkang Fishing tu ada tempat makan2. Time tu masing-masing kehausan. Layan air soya je time tu, si kakak dengan si adik makan roti dengan air soya yang sejukkkk.. Tu kira light lunch la..hihihi.. Dah selesai makan minum kat situ, sambung pusing farm tu lagi sampai ending farm tu. 

Dekat-dekat dengan pintu keluar tu, ada satu restoran lagi. Restorannya pun ber'air-cond'. Si Adik siap landing lagi bagi peace. Tapi kami still tak lapar sangat. Panas-panas camni lagi syok dapat ABC.. Perghhh.. lega anak tekak.



Masa nak keluar dari farm tu, ada seorang pekerja akan potong 'bracelet' yang kami pakai masa mula2 masuk tu. Kira takde la orang tipu-tipu nak masuk dalam balik nanti. Lepas dia potong je, dia bagi kat bebudak seorang satu kertas aktiviti. Dalam kertas tu ada satu Certificate Of Attendance. Tinggal tulis nama dan tarikh je.. haha..Ok la tu kan....

Certificate Of Attendance to the farm.. konon je la ni.. keh keh
Balik tu.. cari restoran dekat-dekat dengan farm itu juga. Sebab dah almost 3pm kan, bebudak belum heavy lunch lagi. Lepas makan, harus lah mereka exhaustedkan? Apa lagi.. masing-masing tidoooo.. Janji mereka puas hati and so far takde plak mereka request nak ke I-City ke zoo ke. Hehehe. 


- The End -









Snow Walk I-City

Salam Y'all.. Entry kali ni pasal bawa anak2 p I-City Seksyen 7 Shah Alam. Hari Ahad 31/1/2016 haritu. Memandangkan En.Somi balik o...