Garuda Air Indonesia: http://www.garuda-air.net
28/12/2013(Sabtu) - Perlis
En.hubby bawa jenjalan kat Perlis dulu sebab katanya lagi best masuk Wang Kelian hari ahad. So dia bawa p Taman ular dulu.. Yang saya ni konon nak share la tempat ni kat Facebook, tp line U Mobile saya tak strong, so tak dapat la share.
Tiket masuk Dewasa RM5.00 sorang, kanak2 Rm3.00 sorang.. tp masa tu kami cuma kena RM10.00 je..Maksudnya Si kakak(3 tahun 10 bulan) ngn Si adik(1 tahun 4 bulan) free entry.
Tu dia... masuk2 je ada kepala ular besar....
Actually, nama je Taman Ular.. tp kat dalam tu ada macam2 zon binatang2 lain. Macam mini zoo pun ader.. Cuma beruang, harimau semua2 tu takde la.. Sikit je animalsnya, tp penat gak la nak pusing2 kat dalam ni tgk binatang2 ni.
Yang ni ada seekor buaya besar sangat..time tu tgh tido.. Tak sempat tangkap gamba dia tgh merehatkan diri.. Sini agak busuk sikit sebab ada bangkai ayam yg buaya2 ni tak makan(nampak sgt buaya2 ni dah kenyang)
Zon yg kami lepak lama drpd zon2 yg lain.. Zon burung unta ngn zon rusa.. Bebudak lagi excited and curious lebih dgn binatang ni..
Zon rusa ni, nama je zon rusa.. tp ada gak terselit kambing kat dalam tu. Sharing is Caring I guess.
Kebetulan masa kami di sini, kambing betina baru lepas melahirkan baby kambing...uri pun belum tercabut lagi. Dah berakhirlah trip kami di Perlis... Then kami mula meng'google' plak hotel2 terdekat...nak walk in je.
Google punya google, banyak hotel dekat Kangar.. Area2 Kaki Bukit,Beseri semua2 tu takde..Banyak Homestay je.. Tu kalau ramai boleh la nak duduk homestay. Tapi ni kami pergi 4 beranak je pun, macam rugi plak nak sewa homestay.. En.hubby drive punya drive punya drive...Tup! tetiba ternampak bangunan tak berapa besar tak berapa kecil.. Tapi yang pasti signboard MOTEL itu besar.. Hah, dah jumpa!
Motel Tok Mek,Beseri.. cuma ada 4 bilik.2 bilik besar, 2 bilik kecil.Yang kecil harganya RM80 semalam, yang besar RM130 semalam. Pekerja siap bagi kami tengok kedua2 bilik tu suruh pilih nak yang mana.. Kami pilih yang kecil je. Sebabnya nak tido je pun. Esok pagi2 dah nak keluar menuju ke Wang kelian.
Kecil tapi selesa.. cuma takde tong sampah dalam bilik.
(kami rembat tong sampah di luar bilik...pinjam semalam je...hihihihi)
Okay.. Dah dapat bilik, mesti duk fikir nak makan kat mana plak,kan?.. Tak yah susah2..
Tu dia..turun2 motel je dah ada restoran.. Masakan Thai.. Cashier dia pun Thai.. So kami dinner kat sini je sebelum keluar jalan2 kat Kangar.
29/12/2013(Ahad) - Wang Kelian
Bermulalah perjalanan kami kat sekitar sepanjang semua pasar yang ada.. Murah tu dah pasti, kualiti pun ok.
Makcik2 termasuk mak saya suka sangat benda2 camni. Next time la ek mak.. Aku pun rembat gak satu kuali cap buaya size 16.. kat sini harganya RM16..kalau kat Selangor dah cecah RM30. huhuhu..Kos minyak agaknya..
Kami ni kira untung sebab masa pergi ni cuaca panas sekejab2 je. Mostly mendung tp tak hujan pun.. Itu yang boleh merayau2 kat sini dr 9 pagi sampai 4 ptg(hambik ko!). Seriously, saya ni bukan suka shopping sangat pun. lagi2 kalau tempat yang panas sesak2, 1 jam pun dah cukup dah. Tapi memandangkan tempat ni tak panas, selamber je la jalan.Bebudak pun okay je suka berjalan.. Beli topi dengan payung ni saje2 je..Murah. hihi
Rehat sekejab, makan minum tepi gerai ni je.(Separuh jalan dah ni)
Adik dah tido..En.hubby dan si kakak pergi hantar barang2 yg dah dibeli ke kereta.
En.hubby saje nak test naik motor sewa kat sana.. RM2 per trip..Tak tau la dia saja nak test or dia penat jalan sebab parking jauh sikit kan.. hehehe.. okay la tu.. En.hubby pun jarang exercise.
Kat pasar2 tu ada terselit macam2 restoran halal.. So tak payah takut2 kebulur or bawa bekal. Sini pun majoritinya pandai cakap bahasa malaysia. Order tomyam, order sup ayam..saje nak rasa beza dgn resipi2 kita. Tomyam memang superb.. tapi sup.. tak tau nak cakap. Sedap, tp bukan sup.. nak cakap pun tak reti. hehehe.. Dah kenyang...Ready 2nd round pusing pasar..
Sini basikal/kereta elektrik/motor elektrik murah2.. Anak2 dapat la satu basikal ni.. Harga letak RM200.. Nego dapat RM160. Yang menariknya, basikal ni boleh lipat dua(jimat space dalam kereta).. Kalau kat Selangor ni mau harga RM300+ kot. Alhamdulillah memang rezeki anak2 bila en.hubby nak belikan... Dengan itu, berakhirlah journey kami kat sini dengan puas hati. Back to reality.. Naik kereta, kami 3 beranak tidoooo... En.hubby yg tak tido kerana dia adalah driver yang kental!
-END-